Rekabentuk boleh di buat dahulu sebelum pemilihan bahan.rekabentuk boleh di buat dengan menggunakan lukisan perspektif atau bantuan perisian komputer yang lebih canggih.disini saya menampilkan satu rekabentuk kabinet dapur menggunakan lukisan perspektif.
Biasanya lukisan perspektif ini akan dipersembahkan pada pelanggan dan berbincang samada sesuai atau diubah semula sebelum kerja2 pembuatan dilakukan.Seterusnya perbincangan harga dan jenis bahan yang akan digunakan.
Ini adalah contoh rekabentuk perspektif kabinet dapur
Dibawah ini adalah contoh lukisan 3d.kelebihan lukisan 3d adalah menggambarkan rupabentuk dan warna yg diingini.lukisannya seperti rekabentuk sebenar.
Biasanya lukisan 3d disediakan oleh syarikat yg mempunyai showroom.jadi mereka ini lebih profesional dan sudah tentu harga kabinet atau perabot lebih mahal sedikit dari harga biasa,kerana anda dapat melihat keseluruhan rekabentuk dengan lebih tepat mengikut kehendak anda.
Anda juga boleh nampak dan tukar warna jika tidak sesuai dgn citarasa anda.itu kelebihannya.tentang kualiti buatannya itu saya tidak jamin.walaupun mahal belum tentu ia berkualiti,sbb ia bergantung pada kemahiran tukang yg membuat dan memasang.tapi biasanya syarikat begini menjaga kualiti.tapi kena bayar kos profesional la ye.